Saturday 31 October 2015

SIMPANAN EMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh Ilahi untuk bersama orang-orang yang sangat saya sayangi, suami, anak-anak, yang sentiasa menceriakan hati saya pada hari ini dan hari-hari mendatang. Amin... Mudah2an kami sekeluarga sentiasa berada di landasan yang betul bagi medapatkan rahmat dan keredhaan dari NYA.

Ok...semua kerja rumah dah settle, maka bolehlah saya nak menulis dan berkongsi ilmu mengapa kita perlu menyimpan emas. Saya sangat tertarik dengan kenyataan seseorang yang sudah pun berjaya dalam simpanan dan pelaburan emas ini. "Apabila menyimpan emas, kekayaan akan datang kepada kamu tetapi apabila  menyimpan wang, kekayaan akan pergi dari kamu. Fuhhh....Sungguh terkesan di hati saya. Adakah ayat  di atas turut terkesan di hati anda semua? Jika belum rasa kesannya, pendapat saya anda semua belum lagi bersedia untuk memulakan langkah kekayaan tersebut. Ada 7 faktor kenapa kita perlu menyimpan emas:

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.
2. Harga emas meningkat dalam jangka masa yang panjang.
3. Emas mengekalkan kuasa beli nya di dalam jangka masa yang panjang.
4. Nilai wang kertas semakin menurun di dalam jangka masa yang panjang.
5. Emas adalah aset yang sangat cair.
6. Emas tidak boleh dimanipulasi oleh sesiapa pun.
7. Emas adalah magnet kekayaan.

 Jika anda semua berminat atau teruja untuk mengetahui setiap kupasan di atas, saya galakkan anda untuk mendapatkan Buku "MENYINGKAP RAHSIA PELABURAN EMAS" . Jangan risau , harga amat berpatutan dan berbaloi-baloi dibandingkan dengan ilmu yang kita akan dapat.

Sumber: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
Oleh: En Syukor Hashim
Admin: www.jutawanemas.com

Friday 30 October 2015

PEMBUKA BICARA PENA EMAS

Assalamualaikum, Ahlan Wahsahlan dan Salam Sejahtera......

Pertama kalinya saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yag sudi membaca nukilan ini.

Tujuan saya menulis  ini adalah untuk sama-sama berkongsi maklumat dan ilmu yang saya perolehi berkenaan simpanan dalam bentuk pelaburan emas dan perak.

Sebenarnya, saya dan suami akan  menamatkan perkhidmatan dalam ATM pada pertengahan tahun 2016. Idea untuk memulakan simpanan emas ini datangnya dari suami tersayang yang amat menitikberatkan simpanan demi masa depan kami sekeluarga. Puas juga mencari maklumat yang betul berkenaan cara simpanan dan pelaburan berkaitan Emas dan Perak sehinggalah kami berjumpa dengan Puan Jonaina Nordin (lebih mesra dipanggil Cik Jun) dari Melaka. 

Meskipun tidak pernah bersua muka, dan hanya berhubung melalui WhatsApp, Cik Jun tidak jemu menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada beliau. Setelah berpuashati dengan maklumat yang disampaikan,  disamping memohon petunjuk dari ILAHI, saya telah bersetuju untuk memulakan simpanan emas melalui  Gold Accumulation Program (GAP) Program Pengumpulan Emas Oleh PUBLIC GOLD MARKETING.

 Saya dan suami mensasarkan 1 g setiap bulan, in sha allah....
Target seterusnya untuk simpanan anak-anak pula.....AMIN

Nanti saya akan kongsikan maklumat apa itu GAP oleh Public Gold.

Terima kasih kerana sudi membaca catatan ringkas saya pada malam ini... Assalamualaikum dan Selamat Malam....