Friday 30 October 2015

PEMBUKA BICARA PENA EMAS

Assalamualaikum, Ahlan Wahsahlan dan Salam Sejahtera......

Pertama kalinya saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yag sudi membaca nukilan ini.

Tujuan saya menulis  ini adalah untuk sama-sama berkongsi maklumat dan ilmu yang saya perolehi berkenaan simpanan dalam bentuk pelaburan emas dan perak.

Sebenarnya, saya dan suami akan  menamatkan perkhidmatan dalam ATM pada pertengahan tahun 2016. Idea untuk memulakan simpanan emas ini datangnya dari suami tersayang yang amat menitikberatkan simpanan demi masa depan kami sekeluarga. Puas juga mencari maklumat yang betul berkenaan cara simpanan dan pelaburan berkaitan Emas dan Perak sehinggalah kami berjumpa dengan Puan Jonaina Nordin (lebih mesra dipanggil Cik Jun) dari Melaka. 

Meskipun tidak pernah bersua muka, dan hanya berhubung melalui WhatsApp, Cik Jun tidak jemu menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada beliau. Setelah berpuashati dengan maklumat yang disampaikan,  disamping memohon petunjuk dari ILAHI, saya telah bersetuju untuk memulakan simpanan emas melalui  Gold Accumulation Program (GAP) Program Pengumpulan Emas Oleh PUBLIC GOLD MARKETING.

 Saya dan suami mensasarkan 1 g setiap bulan, in sha allah....
Target seterusnya untuk simpanan anak-anak pula.....AMIN

Nanti saya akan kongsikan maklumat apa itu GAP oleh Public Gold.

Terima kasih kerana sudi membaca catatan ringkas saya pada malam ini... Assalamualaikum dan Selamat Malam....

No comments:

Post a Comment