Salam penuh barakah di hari Jumaat penghulu segala hari. Agak lama juga yer saya tidak menulis di ruangan ini. Agak sibuk dengan urusan rumahtangga dan pengurusan sekolah anak-anak. Sebenarnya saya lebih aktif update maklumat di page kesayangan di FB "Seribu Dinardirham". Jika kawan-kawan semua berkelapangan lawat la page saya dan jangan lupa LIKE yar. Sedikit sebanyak ilmu berkaitan emas yang saya perolehi dari sifu-sifu emas..saya update di situ.
Di bawah ni saya kongsikan ilmu yang saya perolehi dari FB Dr Azizan Osman. Ilmu yang sgt bagus utk dikongsikan bersama, Dari Dr Azizan Osman bertajuk - 8 MANFAAT UTAMA PENDIDIKAN KEWANGAN:
Saya ambil yang no 7 dulu dari tajuk di atas yer..
# 7 - Ketahui Faedah Melabur Dalam Jangka Panjang
Resipi untuk berjaya adalah dengan melabur dalam syarikat-syarikat yang kukuh dan berpegang pada portfolio pelaburan itu untuk satu jangka waktu panjang.
"Pelabur Unggul Warren Buffet menasihati pelabur bagaimana pelaburan jangka panjang boleh memberi manfaat kepada portfolio mereka contohnya, jika seseorang telah melabur $30 dalam portfolio Nestle pada tahun 1929, pasti ia akan bernilai lebih daripada $5 juta hari ini".
Jadi, buat pilihan yang bijak dan bertenang apabila pasaran jangka pendek melalui kemerosotan. Pelabur tidak semestinya hanya cuba melabur atau membeli semasa harga pasaran tinggi, apalagi menghadapi risiko menjual dengan pulangan yang rendah.
Jadi fikir2kan lah di mana tempat yang sesuai utk kita memulakan pelaburan/simpanan DUIT utk jangka masa panjang, yang tidak di mkn inflasi atau tidak juga berkurang jika negara tercinta ini mengalami kegawatan ekonomi.
Emas berfungsi sbg penyimpan NILAI yang unggul hingga akhir zaman. Semoga pembaca semua mendapat manfaat. AMIN.
Rasa seronok sebenarnya jika kita sudah memulakan simpanan emas ini...Rasa sayang pula duit yang ada jika tidak ditukarkan sedikit kpd emas. Cubalah kawan2 mencuba cara yang paling berkesan ini untuk melindungi NILAI duit kita dari di makan inflasi dan kegawatan ekonomi. Sekurang2nya emas yang kita beli ada di tangan kita. Beli emas mesti dapat emas...Cubalah bermula dengan emas Public Gold....In Sha Allah pasti tidak menyesal.