Monday 4 January 2016

LABUR EMAS MENGIKUT SYARIAH

Assalamualaikum... rasanya hampir sebulan saya tidak menulis di ruangan ini. Banyak perkara yang harus diselesaikan pada musim cuti sekolah yang lepas. Alhamdulillah di awal tahun baru ini dapat lagi saya menulis  tentang kepentingan menyimpan emas untuk tabungan kita semua di masa hadapan.

Suka saya untuk terus berkongsi ilmu emas ini kerana kita perlu sedar betapa penting sebenarnya menyimpan emas untuk jangka waktu panjang dan yang amat penting emas tidak sesekali hilang nilai nya di masa hadapan berbanding wang kertas.


Tetapi di dalam keghairahan kita untuk menyimpan emas  jangan sesekali  lupa pada batas-batas syariah ketika berurus niaga emas ye. 

Sumber bacaan di bawah boleh dijadikan rujukan kita di masa hadapan ketika urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti syiling, jongkong atau pun barang kemas.


SYILING DINAR EMAS PUBLIC GOLD - 1/2 DINAR, 1 DINAR, 5 DINAR & 10 DINAR 

JONGKONG EMAS (GOLD BAR) PUBLIC GOLD - 1 GRAM, 5 GRAM, 10 GRAM, 50 GRAM, 100 GRAM


LABUR EMAS MENGIKUT SYARIAH

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.
Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: "Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (ali-'Imran: 75)
Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.
Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.
Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.
Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.
Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.
Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
* Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan).
* Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.
* Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
* Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.
Sumber: Utusan Melayu.

SEMOGA MEMBANTU. IN SHA ALLAH

2 comments:

  1. Ins Sha Allah sikit-sikit lama-lama akan menjadi bukit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Waris D'Qaseh....sikit2 lama2 jadi bukit....teruskan usaha utk terus menyimpan emas dan pasti emas tersebut bermanfaat di masa depan ...

      Delete