Friday 29 January 2016

JANGAN RAGU-RAGU DENGAN EMAS PUBLIC GOLD


Salam penuh barakah di hari Jumaat penghulu segala hari. Agak lama juga yer saya tidak menulis di ruangan ini. Agak sibuk dengan urusan rumahtangga dan pengurusan sekolah anak-anak. Sebenarnya saya lebih aktif update maklumat di page kesayangan di FB "Seribu Dinardirham". Jika kawan-kawan semua berkelapangan lawat la page saya  dan jangan lupa LIKE yar. Sedikit sebanyak ilmu berkaitan emas yang saya perolehi dari sifu-sifu emas..saya update di situ.
Di bawah ni saya kongsikan ilmu yang saya perolehi dari FB Dr Azizan Osman. Ilmu yang sgt bagus utk dikongsikan bersama, Dari Dr Azizan Osman bertajuk - 8 MANFAAT UTAMA PENDIDIKAN KEWANGAN:

Saya ambil yang no 7 dulu dari tajuk di atas yer..

# 7 - Ketahui Faedah Melabur Dalam Jangka Panjang
Resipi untuk berjaya adalah dengan melabur dalam syarikat-syarikat yang kukuh dan berpegang pada portfolio pelaburan itu untuk satu jangka waktu panjang.
"Pelabur Unggul Warren Buffet menasihati pelabur bagaimana pelaburan jangka panjang boleh memberi manfaat kepada portfolio mereka contohnya, jika seseorang telah melabur $30 dalam portfolio Nestle pada tahun 1929, pasti ia akan bernilai lebih daripada $5 juta hari ini".
Jadi, buat pilihan yang bijak dan bertenang apabila pasaran jangka pendek melalui kemerosotan. Pelabur tidak semestinya hanya cuba melabur atau membeli semasa harga pasaran tinggi, apalagi menghadapi risiko menjual dengan pulangan yang rendah.
Jadi fikir2kan lah di mana tempat yang sesuai utk kita memulakan pelaburan/simpanan DUIT utk jangka masa panjang, yang tidak di mkn inflasi atau tidak juga berkurang jika negara tercinta ini mengalami kegawatan ekonomi.
Emas berfungsi sbg penyimpan NILAI yang unggul hingga akhir zaman. Semoga pembaca semua mendapat manfaat. AMIN.



Rasa seronok sebenarnya jika kita sudah memulakan simpanan emas ini...Rasa sayang pula duit yang ada jika tidak ditukarkan sedikit kpd emas. Cubalah kawan2 mencuba cara yang paling berkesan ini untuk melindungi NILAI duit kita dari di makan inflasi dan kegawatan ekonomi. Sekurang2nya emas yang kita beli ada di tangan kita. Beli emas mesti dapat emas...Cubalah bermula dengan emas Public Gold....In Sha Allah pasti tidak menyesal.


Monday 4 January 2016

LABUR EMAS MENGIKUT SYARIAH

Assalamualaikum... rasanya hampir sebulan saya tidak menulis di ruangan ini. Banyak perkara yang harus diselesaikan pada musim cuti sekolah yang lepas. Alhamdulillah di awal tahun baru ini dapat lagi saya menulis  tentang kepentingan menyimpan emas untuk tabungan kita semua di masa hadapan.

Suka saya untuk terus berkongsi ilmu emas ini kerana kita perlu sedar betapa penting sebenarnya menyimpan emas untuk jangka waktu panjang dan yang amat penting emas tidak sesekali hilang nilai nya di masa hadapan berbanding wang kertas.


Tetapi di dalam keghairahan kita untuk menyimpan emas  jangan sesekali  lupa pada batas-batas syariah ketika berurus niaga emas ye. 

Sumber bacaan di bawah boleh dijadikan rujukan kita di masa hadapan ketika urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti syiling, jongkong atau pun barang kemas.


SYILING DINAR EMAS PUBLIC GOLD - 1/2 DINAR, 1 DINAR, 5 DINAR & 10 DINAR 

JONGKONG EMAS (GOLD BAR) PUBLIC GOLD - 1 GRAM, 5 GRAM, 10 GRAM, 50 GRAM, 100 GRAM


LABUR EMAS MENGIKUT SYARIAH

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.
Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: "Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (ali-'Imran: 75)
Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.
Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.
Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.
Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.
Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.
Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
* Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan).
* Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.
* Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
* Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.
Sumber: Utusan Melayu.

SEMOGA MEMBANTU. IN SHA ALLAH