Wednesday 4 November 2015

APA ITU GAP OLEH PUBLIC GOLD

Assalamualaikum, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, serta semua saudara muslimin serta muslimat yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi dengan sesiapa saje yang membaca tulisan ini. Sebelum saya berkongsi apa yang di maksudkan dengan Gold Accmulation Program (GAP), suka saya nak kongsikan pengalaman sendiri bagaimana bermulanya saya join GAP ini. Saya pernah bertanyakan pendapat dengan Vice President Bank Muamalat, samada bagus atau tidak jika saya ingin membuat simpanan di Public Gold. Jawapan yang diterima sangat ringkas, "ok, boleh". Jawapan positif itulah terus mendorong saya untuk memulakan langkah pertama membuat simpanan emas mulai sekarang. Jangan bertangguh lagi. In Sha Allah. 

Kepada semua yang sudi membaca catatan saya, jangan ada prasangka yg bukan2 tentang apa yg telah saya kongsikan ini. Bukan bermaksud untuk menunjuk2 atau bermegah diri tau. cuma saya suka berkongsi perkara yang baik supaya kita tidak leka ketika punya segalanya dan bersedia menghadapi cabaran kewangan pada masa akan datang jka kita hilang segalanya. Tak kisahlah.. kalau kwn2 semua nak melabur dengan cara apa sekalipun. Nak simpan duit ker atau sebagainya...tapi harus diingat....nilai matawang kita semakin susut nilai nya berbanding dengan matawang USD ( USD 1 = MYR 4.30) pada catatan ini ditulis.atau  MYR 1 = USD 0.23 cent.  Kalau saya silap betulkan yer... 

Ok...dah penat bercerita.,hihihi... saya akan terangkan serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan GAP.

Program ini bertujuan memudahkan anda untuk membuat simpanan emas 999.9 dengan modal serendah RM100 atau minima 1 gram sahaja. Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Ciri-ciri dan Kelebihan :

1. Anda boleh membuat pembelian emas dengan nilai minimum RM100 atau 1 gram sahaja. 
2. Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm). 
3. Disokong 100% oleh emas fizikal 
4.Tiada yuran simpanan 
5. Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja 
6. Diaudit oleh juruaudit bebas 
7. Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Panduan: Bagaimana anda boleh membuka akaun GAP? 

1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau pun 1 gram emas. 
2. Anda juga boleh membuka akaun GAP anak anda (perkongsian antara anak & penjaga)

Jongkong emas Public Gold bermula dari 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100
gram, 250 gram dan 500 gram.

Jika kawan-kawan semua berminat bolehlah bertanyakan langkah -langkah selanjutnya cara menyimpan emas dalam Program GAP ini pada saya. Jangan segan2. Mulakan langkah bijak anda mulai sekarang. AMINN.

PENA EMAS (Along)
Call/ Whatsapp : 0133979447

1 comment:

  1. saya pun sudah mula menyimpan untuk masa depan memandangkan ekonomi dunia tidak menentu sekarang lebih elok kita menyimpan emas...

    ReplyDelete