Friday 6 November 2015

CORAT CORET EMAS

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, tak lupa juga buat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.




Corat coret mengenai emas pada hari ini, saya ambil dari pelbagai sumber untuk renungan kita bersama. Boleh juga meningkatkan tahap kesedaran diri betapa pentingnya menyimpan emas mulai sekarang. Seronok juga baca ayat-ayat di bawah ni.

"Kami tidak menjual emas, sebaliknya kami hanya menasihatkan anda membeli emas untuk melindungi nilai wang anda dan dalam masa yang sama memberikan anda peluang pelaburan dalam portfolio yang sangat berpotensi dan kurang risiko".

"Emas adalah untuk jangka masa panjang. Bila saya jual emas, saya tak menggalakkan untuk ia dijual dalam waktu yang singkat, hanya untuk meraih untung pulangannya, dan seterusnya diulang proses beli jual tersebut. Saya menggalakkan orang membeli & menyimpan untuk tempoh yang lama, dan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos naik haji, kos pendidikan anak2 mahupun kos perkahwinan. Dan ini bukanlah harus dilakukan dalam waktu 1 atau 2 tahun". 


"Untuk kos naik haji seumpamanya, eloklah menyimpan emas sekarang jika ingin menunaikan haji lagi 5 atau 10 tahun. Begitu juga halnya dengan education anak2, seeloknya, bila anak masih bayi atau masih kanak2, beli emas untuknya dan simpan untuk tujuan menapung kos mereka masuk universiti pada 17 tahun akan datang. Ini kerana, emas mempunyai satu sifat "penyimpan nilai" yang baik dan ia juga mampu menampung inflasi. Maka nak simpan emas pun boleh. Harus hukumnya. Tak nak simpan pun tak mengapa. Takde sape nak marah. Tapi elok le menyimpan emas berbanding kertas yang tiada nilai". 

"Kadang-kadang terkejut juga bila ada orang kata “ Buat apa beli emas. Membazir je.” Ada ke yang cakap camtu? Apasal tak de pula. Memang ada. Sebenarnya kita boleh buat duit dengan emas. Kita boleh jadikannya sebagai sumber pendapatan pasif. Biar emas yang bekerja untuk kita. Ia juga adalah simpanan tetap yang paling menguntungkan. Juga pelaburan jangka panjang yang hampir tiada risiko. Macam mana nak buat? Mudah. Beli dan simpan. Itu je? Sebenarnya ada banyak lagi caranya. Cukuplah yang ni dulu untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan emas. Simpanlah hingga harganya betul-betul tinggi. Lepas tu jual. Haa… dah celik dah sikit? Ingat emas ni untuk orang perempuan je? Lelaki pun boleh. Sudah tentu sebagai simpanan.. bukan untuk dipakai.

Okey, kalau nak jual, jual di mana ya? Macam mana nak jual? Mula-mula sekali beli la emas ketika harganya betul-betul murah. Nak beli masa mahal pun takde masalah. Simpan untuk cucu la jawabnya. Jual di tempat yang mengenakan spread paling rendah. Spread?! 

Spread adalah harga susut nilai bayangan yang dikenakan oleh pembeli emas. Kalau emas kita berharga RM1000, mereka akan beli daripada kita dengan harga RM750. Aik? Susut RM250 atau 25%. Banyaknya! Ya memang banyak. Itulah spread namanya. Kita kena tunggu emas kita berharga melebihi RM1250 baru boleh buat untung. Lamanya. Memang lama. Sebab tu kita mesti pandai mencari pembeli emas yang menawarkan  spread yang rendah. Seboleh-bolehnya di bawah 10%. Mana nak cari? Carilah daripada syarikat yang menawarkan emas sebagai simpanan atau membekalkan barang kemas yang mempunyai kualiti simpanan. Biasanya syarikat yang menjual… Syarikat itu yang membeli semula. Jangan sekali-kali membeli dari kedai emas biasa. Memang banyak kena potong. Lebih-lebih lagi syarikat pinjaman wang, sampai 40%  dipotongnya". 

Kenyataan dari Tun M mengenai emas. 
"Emas merupakan salah satu pelaburan yang terbaik. Nilai emas sentiasa menunjukkan peningkatan ini disebabkan faktor permintaan dan nilai wang fiat yang semakin menurun nilainya. Ayuh, marilah kita menyimpan emas dari sekarang". 

No comments:

Post a Comment