Saturday 7 November 2015

KEKUATAN BERSEDEKAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran dapat lagi saya meneruskan coretan di ruangan kegemaran dan untuk kali ini saya nak berkongsi Rahsia kejayaan hamba Allah yang sudah pun berjaya dalam bidang pelaburan emas PG ini. Di sini saya kongsikan tulisan beliau di bawah yang sangat memberi motivasi kepada saya tentang "Kekuatan Bersedekah". Mudah-mudahan kita semua mendapat menafaat hasil dari pembacaan di bawah. Aminnn.

"Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan".



Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah

Salah satu hikmah yang saya belajar akhir-akhir ni ialah, kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA. Ada satu hari tu, saya nak test power untuk kuatkan keyakinan saya tentang janji Allah. Ada seorang student belajar Mesir dalam kesempitan. So, saya sedekahkan RM50, keluarkan dari tabung infaq bisnes kami. Seminggu lepas tu, Allah ganti balik dengan 3 urusniaga yang untungnya sekitar RM1,100! 20 KALI GANDA! Alhamdulillah…

Kami untung bersih sekitar RM1,000 sebab setiap hasil untung bisnes, kami akan potong 12.5%. 10% kami kembalikan ke tabung infaq, 2.5% kami masukkan ke tabung zakat.
Bersedekah Dulu, Baru Datang “Kaya”
Nasihat saya pada semua sahabat, kalau rasa sempit, perbanyakkanlah sedekah. Masa saya sempit dulu, saya pun lokek bersedekah sebab saya rasa untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana nak keluarkan sedekah? Tapi sampai satu masa, saya fikir sampai bila nak lokek macam ni. Then, saya start sedekah sikit-sikit. Mulakan masukkkan duit dalam tabung masjid RM1 seminggu. Lama-lama, sedekah tu makin hari makin bertambah sampai ianya dah jadi habit.
Pesan Chef Li, kalau ada orang mintak sedekah, bagi jer walaupun seringgit. Tak banyak tak apa, asalkan berterusan kata Nabi. Samada mereka betul-betul susah ataupun ‘sindiket’ itu bukan kerja kita. Kalau bagi dengan ikhlas, Tuhan pasti akan balas, insyaAllah.
Rezeki Lebih Lapang Bila Bersedekah
Start dari situ lah, saya perasan rezeki kami makin hari makin lapang, alhamdulillah… Dulu, nak dapat EXTRA income RM10 sebulan pun punyalah payah. Tapi sekarang, setakat RM1,000 sebulan tu biasa jer. Pendek kata, sambil ‘main-main’ pun boleh dapat, alhamdulillah. Dan memang macam tu lah yang saya perhati. Ada seorang sahabat saya yang kerjanya biasa jer, tapi dia memang suka belanja kawan. Kalau keluar minum-minum, memang tak pernah sempat saya bayarkan. Mesti dia jer yang bayarkan dulu. Dan saya tengok hidup dia senang jer dan boleh dikatakan tak ada apa-apa masalah kewangan walaupun kerja taklah seberapa. Memang benarlah janji Tuhan. Barang siapa yang keluarkan infaq, PASTI Dia akan ganti balik dengan nilai yang berkali-kali ganda banyaknya. Wallahu a’lam.

“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya” [Al-An’aam 6:160]
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]

Kesimpulan:

§  Kena bersedekah dulu baru Allah bagi kaya, bukannya kaya dulu baru nak bersedekah. Biasakan diri bersedekah sebelum Allah bagi kaya sebab takut bila dah kaya kita jadi kedekut untuk bersedekah. Nauzubillahi min zalik.

§  Hikmah bersekah bukan sekadar menggandakan kekayaan, tetapi ia penghapus dosa, membersihkan harta, menghindarkan bala, menyembuhkan penyakit dan mengundang pertolongan daripada Allah.
Nota: 4 Kelebihan Sedekah
#1 – Mengundang Rezeki
“Perumpamaan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji benih yang menumbuh tujuh tangkai, dan pada setiap tangka itu pula terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]
#2 – Menolak Bala
Rasulullah s.a.w bersabda “Bersegeralah bersedekah sebab bala tidak pernah mendahului sedekah”.
#3 – Menyembuhkan Penyakit
Rasulullah s.a.w bersabda “Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah”.
#4 – Memanjangkan Usia

Rasulullah s.a.w bersabda “Perbanyakkanlah sedekah, sebab sedekah boleh memanjangkan umur”

Sumber Oleh: MOHD ZULKIFLI SHAFIE 
on FEBRUARY 17, 2012
www.mohdzulkifli.com.









Teruja sungguh saya membaca catatan beliau. Malu pada diri sendiri kerana terlalu berkira-kira untuk bersedekah. Tidak perlu tunggu kaya baru nak bersedekah. In Sha Allah saya pasti berubah ke arah kebaikkan..AMIN. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Mohd Zulkifli kerana berkongsi tulisan di atas. Mohon jutaan kemaafan kerana berkongsi tulisan saudara di ruangan saya ini. Mudah-mudahan catatan saudara memberi menafaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya di sini. Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada saudara sekeluarga. Aminnn.

No comments:

Post a Comment