Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini dapat saya kongsikan lagi artikel oleh En Zul buat panduan kita bersama. In Sha Allah.
Dinar Emas atau Tabung Haji?
Sejak Kerajaan Negeri Kelantan lancarkan Dinar Kelantan beberapa tahun dulu, selalu terfikir samada nak biarkan saving dalam Tabung Haji atau nak beli dinar emas? Saya memang yakin melabur dengan cara beli dinar emas lebih berbaloi berbanding simpan di Tabung Haji. Dividen Tabung Haji cuma sekitar 5% setahun, tapi dinar emas, nah tengoklah perbezaan dia. Dan satu lagi, kalau simpan dinar emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan sejak setahun dua kebelakangan ni.
Inflasi: Antara Emas dan Duit Kertas
Berdasarkan pembacaan saya, zaman Nabi dulu, seekor kambing nilainya 1 dinar emas, tapi sekarang, nilai seekor kambing masih tetap 1 dinar emas! MasyaAllah… dinar emas tak terjejas dengan inflasi sejak 1,400 tahun lalu!
Tapi kalau duit ringgit, nilai inflasi sebenar lebih kurang 10% setahun. Bayangkan tahun 80-an dulu, duit belanja budak sekolah cuma RM0.50 – RM1.00 sehari. Tapi sekarang, RM2.00 – RM3.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Inflasinya lebih kurang 200% dalam masa 20 tahun!
Simpan Duit Dalam Bentuk Emas Fizikal
Balik KL lepas raya, saya teruskan ‘kajian’ saya pasal dinar dan pelaburan emas. Saya rujuk blog Husam Musa dan juga beberapa website lain yang saya rasa boleh pakai. Justifikasi YB Husam dan Kerajaan Kelantan tentang kenapa perlunya dinar emas sangat masuk akal.
Dinar (emas) tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa kalau berlaku peperangan. Dinar emas, adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Pendek kata,nilai kekayaan kita tak akan tergugat kalau kita simpannya dalam bentuk dinar emas, atau dengan kata lain simpankannya dalam bentuk emas fizikal!
Ok, saya dah tetapkan azam nak tukarkan sebahagian besar simpanan tunai kami ke dalam bentuk emas.
Masalah Dapatkan Emas, dan Tempat Simpan
Tapi masalahnya ialah;
- Kat mana nak beli dinar di KL ni? Takkan nak beli di Kelantan, lepas tu bawa balik ke KL? Nanti kena rompak tengah jalan… huh… risiko tu…
- Macam mana cara nak beli dinar? Katanya, stok Dinar Kelantan selalu habis macam pisang panas? Kalau nak beli, kena telefon dulu. Uh… susah tu.. takkan nak pesan orang lain tolong belikan.
- Kat mana nak simpan? Kalau simpan kat rumah, wah… risikonya tinggi. Nanti jadi sasaran perompak pulak. Kalau tak pun, takut terlupa letak kat mana-mana. Aduh…
Risiko Sebenar Simpan Duit Kertas
Hati saya makin tak senang. Takut duit simpanan dimakan inflasi. Dividen Tabung Haji cuma 5%, tapi kadar kenaikan harga barang sebenar sekitar 10% setahun. Makin tahun, makin menyusut nilai simpanan saya. Makin rendah kuasa belinya. Dan bila fikir jauh lagi, kalau negara tak stabil, duit kertas dah tak bernilai satu sen pun macam kes mentua YB Husam Musa di blog beliau di sini.
“Saya teringat Gemulah ayah mertua saya, dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk 3 tahun berturut-turut. Dia meminta modal dari emaknya untuk memulakan perniagaan, emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di sungai Kelantan. Dia mula-mulanya berniaga budu. Perniagaannya berkembang, di akhir pemerentahan Jepun dia sudah berniaga macam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sungai Kelantan. Di waktu pemerentahan Jepun ini, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Almarhum Raja Perlis, baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.
Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.
Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British dan Jepun. Walaupun kuasa barat kalah di Semenajung, tetapi duit pound Amerika tetap laku, kerana ianya emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun; kerana ianya kertas.” – YB Husam Musa
‘Hijrah’ Sempena Hari Lahir Ke-30
Syukur, alhamdulillah. Sempena hari lahir saya yang ke-30 semalam, semua persoalan saya tentang dinar dan pelaburan emas fizikal dikira selesai. Saya dah dapat jalan keluarnya. Puji-pujian bagi Allah.
Sekarang, saya tukarkan sebahagian besar simpanan kami kepada bentuk emas. Saya pilih emas Public Gold sebab mengikut kajian saya, ia emas terbaik buat masa ni di Malaysia. Senang beli, senang jual dan untungnya maksimum, insyaAllah. Dan emas-emas tu saya simpan di safe deposit box (sewa).
InsyaAllah, ianya selamat dan lebih terjamin berbanding simpan sendiri di rumah. Saya tak berani pegang emas sendiri walaupun satu gram buat masa ini.
Kalau sahabat-sahabat nak selamatkan duit simpanan kepada emas, saya nasihat belajar dan ‘berguru’ dulu. ‘Melabur’ dalam emas fizikal ni bukan sekadar membeli dan menyimpan emas. Ada juga sepak-terajangnya yang kita kena tahu. Takut duit yang kita labur menjadi lebur…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
2 Oktober 2010
23 Syawal 1431
Untuk maksimumkan keuntungan simpanan emas, bentuk emas terbaik samada syiling dinar emas (emas ketulenan 916) atau jongkong emas (ketulenan 999).
Barang kemas tak sesuai sebab (1) harga lebih mahal, (2) susut nilai lebih tinggi, dan (3) ada caj kos upah yang boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.
Mudah-mudahan bertambah lagi ilmu pembaca blog ini..betapa pentingnya emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Saya panjang-panjangkan ilmu dari En Zul ini, semoga kita semua mendapat menfaatnya dan juga untuk penulis artikel, saya doakan beliau dan keluarga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT baik di dunia mahupun akhirat. AMINN...
No comments:
Post a Comment