Assalamualiakum dan Salam Pagi Jumaat yang penuh barakah ini.
Perkongsian Ilmu dari Pakar Emas Public Gold (En Mohd Zulkifli Shafie):
Artikel di bawah adalah sebahagian dari tulisan beliau yang bertajuk " 5 Risiko Besar Simpan Wang Kertas"
Nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauhmana kekukuhan ekonomi dan politik negara. Ia sentiasa berubah-ubah.
Matawang jadi tak laku bila berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik. Bila negara tak stabil (seperti banyak belaku di negara-negara Arab sekarang), mereka terpaksa simpan US Dollar ataupun simpan emas untuk selamatkan kekayaan mereka.
Kalau duit US Dollar runtuh, seluruh dunia akan runtuh sebab rizab terbesar negara kita (dan kebanyakkan negara lain di dunai) ialah foreign currency (iaitu US Dollar).
Jadi kalau simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB, dividen 5% – 8% tu sebenarnya sekadar cukup untuk cover inflasi jer. Kalau kita belanjakan duit dividen tu, kita sebenarnya semakin miskin walaupun nilai pokok tu tak disentuh.
Sebenarnya ramai orang susah nak kaya bukan disebabkan faktor luaran, tapi faktor dalaman iaitu tentang disiplin menyimpan. Ia bukan faktor ekonomi, tapi faktor psikologi.
Orang simpan emas, mereka melekat perangai orang kaya-kaya. Dalam kepala mereka ialah simpan, simpan, dan simpan. Mereka seronok dengan menyimpan koleksi-koleksi emas mereka. In Sha Allah.
Saya sangat tertarik apabila membaca Artikel2 yang ditulis oleh saudara Mohd Zulkifli Shafie ini. Saya cadangkan lagi sekali, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ilmu atau baru sahaja hendak bermula menyimpan emas demi masa depan kita dan keluarga, eloklah selalu membaca hasil tulisan beliau. Banyak sungguh maklumat yang saya sendiri tidak tahu mengenai Emas ini.
Kepada semua pembaca bolehlah membaca artikel beliau yang sudah pun saya kongsikan link di sebelah kanan blog ini. Mudah-mudahan ia menjadi penyambung ilmu yang berterusan dalam menguasai Ilmu Emas ini.
Kepada semua pembaca bolehlah membaca artikel beliau yang sudah pun saya kongsikan link di sebelah kanan blog ini. Mudah-mudahan ia menjadi penyambung ilmu yang berterusan dalam menguasai Ilmu Emas ini.
No comments:
Post a Comment