Wednesday 11 November 2015

ILMU EMAS YANG PERLU KITA AMBIL TAHU

Assalamualaikum  kepada semua pembaca blog yang sangat saya hormati.

Alhamdulillah dapat juga saya teruskan usaha untuk berkongsi maklumat kepada pembaca blog betapa perlunya langkah pertama kita menukar  wang kertas  (wang fiat) kepada simpanan emas. Bukan tak boleh simpan wang kertas, boleh, TETAPI alihkan sebahagian wang kertas tersebut dalam bentuk emas. Wang kertas tidak begitu sesuai dibuat sebagai simpanan, sebab mudah bocor. Berbanding dengan aset seperti hartanah, emas dan perak. Yang paling mudah disimpan dan dicairkan, adalah semestinya emas dan perak.


Sebab fitrah manusia, bila tengok DUIT yang banyak, automatik "sel-sel otak kita akan berhubung" untuk mencari tempat di mana untuk memBELANJAkan duit tersebut.

Lain pula sekiranya kita menyimpan EMAS, kita akan mencari TEMPAT UNTUK MENYIMPAN emas tersebut selepas membelinya.

Saya cadangkan kepada pembaca blog, cari dan selalulah membaca blog jutawanemas.com, mohdzulkifli.com dan LuqmanBukhari.com yang ternyata sudah pun berjaya dalam pelaburan emas ini. Sedikit sebanyak ia memberi motivasi kepada kita semua untuk tidak miskin di hari tua kelak.


Kata-kata ini saya ambil dari blog Mohdzulkifli.com. "Kesilapan ramai orang untuk berjaya ialah menghadap masalah sebagai masalah. Masa banyak terbuang dengan masalah, padahal banyak masalah yang sebenarnya ia bukan masalah, tetapi ia petanda kita sedang maju ke hadapan.
Apa pun usahakan ke arah kejayaan, jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Mulakan dahulu, adjust kemudian. Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud…"
Emas itu adalah harta anda.
Emas itu adalah insurans kewangan anda.
Emas itu adalah aset yang anda jadikan harta untuk diwariskan pada keluarga bila tiba masanya nanti.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, saya dan suami berusaha mencari ilmu, mendapatkan kepastian, dan seterusnya berdoa dan bertawakal. Allah tunjukkan jln yang bagus untuk membuat simpanan hari tua. Is Sha Allah .

    ReplyDelete