Friday 27 November 2015

MENCARI ILMU EMAS BERSAMA PAKAR (SIFU) EMAS

Benar kata pepatah melayu jika hendak mendapatkan ilmu perlulah berguru atau mencari guru, Alhamdulillah pada cuti hujung minggu yang lalu, saya dan suami berkesempatan mencuri masa menghadiri kelas untuk mempelajari dan mendalami ilmu emas. "Kita jadi pandai sebab kita belajar dengan guru". Terima kasih daun keladi kepada En Zulkifli Shafie kerana telah berkongsi ilmu emas, memberikan tip-tip yang berguna dalam simpanan/pelaburan emas serta berjaya memberi suntikan semangat dan memotivasikan diri untuk terus maju mengorak langkah ke hadapan. 

Banyak topik yang sangat menarik akan saya kongsikan di sini pula. In Sha Allah. Sebarkan dan sampaikan Ilmu apa yang kita tahu walaupun sedikit.

Jangan tunggu PERFECT TIME untuk bermula. Mulakan sekarang simpanan emas anda…



Bersama Pakar/Sifu Emas En Syukor Hashim dan En Noor Shufaad

Bersama Sifu Emas En Zulkifli Shafie dan isteri 

Buku yang wajib dimiliki.... (RM 80)

Tuesday 24 November 2015

AMBIL KIRA 5 FAKTOR PENTING SEBELUM MEMBELI EMAS


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang dirahmati Allah SWT, alhamdulillah dapat lagi saya terus berkongsi ilmu emas dari guru-guru, sifu dan juga mentor-mentor emas yang berpengalaman, Tujuan utama saya menulis di sini hanyalah untuk memanjangkan ilmu dari pakar-pakar tersebut yang mana mungkin kawan2 semua tidak berkesempatan membaca artikel yang di tulis di ruangan mereka. 



"Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai ‘insurans’ masa depan" - kata Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas.
Harga Turun Jangka Pendek Adalah Biasa – Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang. Jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.



"Wang Kertas Hanyalah “Matawang”, Bukan “Wang” Sebenar.  Duit kertas pada hakikatnya tak bernilai. Ia cuma nilai yang dijaminan sesebuah kerajaan. Bila Amerika Syarikat dah nak ‘bangkrap’, orang tak nak lagi pakai matawang USD untuk urusniaga. USD hanyalah kertas hijau yang tak ada apa-apa nilai. Tak cerdiklah kalau Malaysia masih simpan USD diambang kejatuhan matawang USD " kata Tun Dr. Mahathir.

Ambil kesempatan untuk alihkan sebahagian duit kita kepada emas. Bermula serendah RM 100 ataupun nilai 1 gram melalui akaun GAP, kita sudah boleh memulakan simpanan emas. Kepada kawan-kawan yang hendak memulakan SIMPANAN EMAS fizikal, SEKARANG adalah waktu yang sangat sesuai untuk membeli dan memulakan simpanan emas tersebut. Simpanan adalah untuk masa depan keluarga kita. Kawan-kawan tidak akan rugi sekiranya kita terus beristiqamah menyimpan emas sedikit demi sedikit. In Sha Allah.

Saya kongsikan ilmu dari mentor berpengalaman En Syukor Hashim (admin Jutawanemas.com) dan juga En Zulkifli Shafie (Mohdzulkifli.com) mengenai kriteria yang perlu di ambil kira sebelum membeli emas. Emas yang baik untuk pelaburan/simpanan adalah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan boleh membuatkan kita untung bila hendak dijual semula. Kalau beli emas untuk dapat harga tertinggi bila kita hendak jual semula nanti, pastikan semak 5 faktor penting ini sebelum membeli;

1.       Harga rendah @ murah tapi hati2 jgn sampai tertipu.
2.       Susut Nilai (spread) rendah
3.       Stok banyak dan mudah diperolehi
4.       Cawangan/tempat jual beli banyak
5.       Syarat jual beli tak cerewet

Itulah 5 faktor utama yang perlu dikaji sebelum beli emas untuk tujuan PELABURAN. 
In Sha Allah kita akan mendapat keyakinan dalam membuat keputusan serta mendapat 
keuntungan yang mengembirakan hati kita.


Saturday 21 November 2015

HARGA EMAS JATUH APA NAK BUAT


Segala pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat Nabi.  Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan berada di muka bumi mu ini Ya Allah.

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang sangat saya kasihi. Hari ini saya ingin berkongsi lagi artikel yang juga menarik untuk dijadikan panduan apabila menghadapi situasi seperti di bawah. Tanya kan kepada diri kita sendiri, harga emas jatuh, untung ke rugi kita sebagai penyimpan emas.

Harga emas turun lebih kurang 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM760.  Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar… Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang menambah keuntungan bagi siapa yang ada ilmu! Bagi orang yang tahu, bila harga emas jatuh 10%, dia mungkin berpeluang dapat keuntungan 10% dengan mudah! InsyaAllah…

Ok, bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi sahabat yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik, emas yang anda simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Jawapannya, tak berkurangan walaupun 1 gram.

Harga Jatuh, Rugi atau Rezeki?

Jadi, anda rugi ker bila harga emas jatuh? Pastinya tak… Macam tu juga bagi sesiapa invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung! Bahkan bila harga turun, kita lebih seronok sebab berpeluang tambah lagi harta dengan lebih banyak.
Ia berbeza dengan invest dalam saham atau paper asset yang lain. Kalau sahabat invest dalam saham, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma ‘janji’ kekayaan yang tertulis atas kertas. Ia bukan harta sebenar (tangible asset) macam rumah, tanah, emas, perak dsb, betul tak?
Jadi, bagi sesiapa yang simpan ‘tangible asset’, dia tak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma andaian yang anda telahpun rugi, tapi pada hakikatnya, anda tak rugi pun. Harta tu masih wujud dan ianya real wujud depan mata kita.

Long-term ‘Confirm’ Untung

10 dinar emas public goldSatu perkara penting yang kena ingat, iaitu emas pada hakikatnya adalah duit. Duit sebenar dalam sejarah manusia ialah emas dan perak sebab ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Sebelum 1971, setiap duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas dan perak. Duit kertas hanyalah VOUCHER mewakili emas dan perak.
Tapi sejak 1971, US putuskan hubungan antara emas dan duit kertas yang menyebabkan duit kertas yang kita gunakan hari ini ialah duit yang tiada nilai sebenar. Duit yang digunakan oleh negara-negara dunia hari ini adalah terbitan US Dollar. Sheikh Imran Husein sebut, ia dicipta “out of nothing” dan sentiasa dimanipulasi oleh US. Lepas berpuluh tahun kita gunakan duit kertas (yang dahulunya hanyalah VOUCHER), sekarang dunia lupa tentang emas sebagai duit yang sebenar. Negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara sedangkan US adalah penyimpan emas terbesar dunia! (Nampak tak siapa yang lebih cerdik?)
Duit kertas yang kita gunakan hari ni nilainya terletak pada jaminan dan kestabilan sesebuah kerajaan, sedangkan emas dan perak nilainya terletak pada BERAT dan KETULENANnya sendiri. Ia tak boleh dimanipulasi. Kalau apa-apa berlaku kepada dunia, pemilik emaslah yang paling selamat. Itulah hakikat emas yang sebenar.
Jadi bila harga emas jatuh, bukankah ianya rezeki untuk tambah lagi simpanan emas?! Macam mana caranya?

Harga Jatuh, Apa Nak Buat?

Bila harga jatuh macam ni, ada 4 strategi yang boleh buat untuk jana keuntungan iaitu:

Strategi #1: Beli lagi emas pada harga rendah kalau masih ada extra cash

Harga rendah macam ni biasanya tak akan lama. Paling lama  pun 3 – 6 bulan lagi dia akan naik balik kepada harga sebelum kejatuhan. Bila harga naik ke paras normal, jangan tunggu lama-lama. Terus jual emas yang baru beli tu! Jangan tamak untuk dapat untung lebih besar. Orang tamak selalu melepas… (“,)
Kalau anda dealer emas (melabur sambil berniaga emas), ini masanya untuk tambah stok banyak-banyak. Pilih item yang paling banyak permintaannya macam coin 1 dinar. Bila harga naik sikit pun, anda dah boleh jual direct kepada customer. Anda untung (1) komisyen belian, dan (2) kenaikan harga emas yang anda jual terus kepada customer TANPA SPREAD!

Strategi #2: Pajak emas sedia ada di Ar-Rahnu dan beli lagi emas dengan duit pajakan

Untuk strategi yang lebih selamat, simpan sebahagian duit pinjaman tu untuk bayar upah simpan 6 bulan akan datang. In case harga emas tak naik balik dalam masa 6 bulan, guna duit tu untuk bayar upah simpan dan sambung lagi pajakkan sampai harga emas naik balik ke puncak tertinggi sebelum kejatuhan. Bila harga naik ke paras normal, jangan tunggu lama-lama. Terus jual emas yang beli dengan duit ar-rahnu tu, dan tebus balik emas yang anda pajak tu.
Strategi ini boleh digunakan sebab walaupun harga emas jatuh, harga emas di Ar-Rahnu (dan kedai emas) akan kekal tinggi untuk beberapa ketika. Jadi, kita boleh pajak dengan harga mahal, dapat duit cash yang banyak, dan tambah lagi simpanan emas dengan banyak. Untuk faham strategi ni, boleh ikuti panduan yang saya sediakan dalam artikel “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat“.

Strategi #3: Tingkatkan promosi membeli emas harga rendah

Strategi ni untuk pelabur yang jadi dealer emas jer. Bila harga emas rendah, bagi tahu pada kawan-kawan untuk ambil peluang beli emas pada harga rendah. War-warkan melalui facebook, sms, atau wassap. Disamping bantu kawan-kawan, anda dapat komisyen atas jualan emas. Pengalaman saya, bila harga emas jatuh mendadak, ramai orang ambil peluang borong emas banyak-banyak, dan komisyen pun juga melambung tinggi, alhamdulillah.

Strategi #4: Trading jual beli emas

Strategi ni perlu untuk recover loss dan jana keuntungan bagi yang beli pada harga mahal, dan harga emas nampak susah naik balik ke paras belian dulu. Untuk strategi ni, kena belajar ilmu trading emas; belajar baca graf emas, cara cari timing untuk membeli dan menjual, dan strategi memaksimumkan keuntungan. Saya syorkan hadir kelas Analisis Teknikal Harga Emas sebagaimana dianjurkan boleh En. Shufaad (www.shufaad.com). (kemaskini 19 April 2014)
mike maloney book gold silverSaya yakin strategi ni boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan pergi jauh lagi dalam jangka panjang. Sebabnya, ada faktor besar yang masih belum settle dan belum nampak jalan keluarnya dalam masa terdekat iaitu krisis hutang US dan Eropah, krisis dagangan, penyusutan nilai dolar, perang matawang dsb. Bahkan, Mike Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
24 September 2011
26 Syawal 1432

(Artikel ni disemak dan dikemaskini pada 19 April 2014)
Nota Penting:
  • Sebelum Oktober 2013, teknik ni hanya terbaik untuk sesiapa yang ada barang kemas pelaburan seperti i-series Public Gold sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu dah tak terima gold bar dan syiling emas. Antara yang masih terima ialah Ar-Rahn Kelantan. Tapi kosnya agak tinggi. Tapi sejak Oktober 2013, banyak ar-rahnu mula terima semula pajakan emas Public Gold seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia.
  • Kos pajak ialah 1.15% sebulan, atau 13.85% setahun. Ini berdasarkan upah simpan RM0.75 setiap nilai marhun RM100, dan margin of financing 65%. Kalau pajak emas RM10,000, dapat duit cash RM6,500.
  • Ar-Rahnu terbaik setakat ni ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat. Kos pajakkan termurah, dan harga emasnya tinggi berbanding ar-rahnu lain.
  • Sepanjang tempoh pajakan, kita tak perlu bayar apa-apa. Yang penting, bila nak habis tempoh, kita kena bayar duit pinjaman + upah simpan.
  • Kalau harga emas tak naik lepas tempoh 6 bulan, jangan tebus lagi. Tapi, sambung jer pajak sampai harga emas naik balik dan dapat untung. Kalau nak sambung pajak, tak payah bayar duit pinjaman. Just bayar upah simpan 6 bulan dan perbaharui surat pajak.
  • Untuk faham lebih lanjut tentang teknik manipulasi Ar-Rahnu, saya syorkan sahabat semua baca juga artikel Syukor Hashim bertajuk “Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu“.

Wednesday 18 November 2015

SIMPAN EMAS UNTUK PENDIDIKAN ANAK DAN PERGI HAJI

Assalamualaikum....semoga hari ini dan seterusnya kita semua berada dalam lindungan Allah SWT. Amin...Saya nak update lagi mengenai emas. Hihihihihi. Lagi perkongsian ilmu yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua. 

Walaupun agak terlewat bagi diri saya sendiri, tapi sekurang-kurangnya saya sudah memulakan sedikit simpanan emas untuk keluarga tersayang, untuk pelajaran anak-anak dan ada rezeki, hendak juga menjadi tetamu Allah SWT. Pada awalnya ada juga perasaan was-was dan terasa berat nak alihkan sedikit pendapatan bulanan kepada emas, tapi kini perasaan itu sudah berubah menjadi tidak sabar pula tunggu gaji atau jika ada wang lebihan untuk ditukarkan kepada emas. 

Betul lah kata sifu, jika kita sudah memulakan simpanan emas ini, memang nak simpan dan simpan dan simpan lagi.  Beli emas dapat emas, kita simpan sendiri, tetapi jika hendak selamat bukalah akaun GAP Public Gold. Public Gold akan tolong simpankan untuk kita, Jika terasa nak pegang emas  kita, boleh pergi ke mana-mana cawangan Public Gold, keluarkan jer jumlah yang telah kita buat simpanan tu. Tapi kena tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram untuk terus aktifkan akaun GAP. Mudahkan. 

Jika simpan wang kertas, kita hanya menang pada angka sahaja, tapi pada hakikatnya wang kertas itu sendiri sudah semakin menurun nilainya.

Kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang membaca blog ini, jika masih lagi was-was atau belum ada keinginan untuk memulakan simpanan emas , tak mengapa, buat lah apa juga simpanan yang difikirkan sesuai demi masa depan keluarga masing-masing. Tulisan ini hanya untuk berkongsi ilmu dan maklumat mengenai emas yang mungkin boleh membantu kita menghadapi inflasi yang tidak dijangka.


Jom baca artikel spt di bawah

Emas Juga REAL Property!

on NOVEMBER 11, 2010
Simpan emas bagus untuk pendidikan anak-anak dan pergi haji.
Pengalaman Belajar Uji Ketulenan Emas
Sempat tengok macam mana dia test berat dan ketulenan emas dan perak. Dan mungkin, itulah kali pertama saya sentuh dinar emas dan kepingan emas seberat 20 gram, 50 gram dan 100 gram! Emas orang punya, bukan saya punya… (“,)
Sebelum tahu pasal emas ni, saya memang tak ambik peduli sebab saya ingatkan emas ni hal orang perempuan jer. 
Satu pengalaman menarik yang dikongsikan oleh Raymond sambil tengok dia test emas-emas yang orang jual balik pada Public Gold.
Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak
“You tahu tak macam mana orang Cina simpan emas untuk education anak dia?” Wah… teringin juga nak ambik tahu. 
Katanya, masa anak tu lahir, dia akan beli kepingan emas 100 gram dan simpan. Setiap kali birthday anak dia, dia akan beli sekeping 100 gram. Bayangkan 18 tahun dia buat macam tu. Maknanya masa birthday ke-18, anak tu ada 18 keping emas 100 gram! Bersamaan 1,800 gram emas! Kalau ikut nilai sekarang, value emas dia ialah RM270,000! Wah… lepas duit belajar, siap boleh beli kereta, dan ada baki lagi… 
Pada saya, kalau tak mampu simpan emas 100g setiap kali birthday anak, belilah dinar, ataupun gold bar 20g. Janji ada TABIAT menyimpan untuk anak-anak. 
Satu perkara yang kita kena ingat, untungnya simpan emas ialah ia tahan inflasi. Kalau simpan duit, nilai RM270,000 18 tahun akan datang mungkin tak sebesar mana. Tapi bila simpan 1,800 gram emas, kuasa belinya pada 18 tahun akan datang tetap sama dengan kuasa beli 1,800 gram hari ni, bahkan mungkin lebih.
Nak Pergi Haji, Simpan Emas
Satu ilmu penting yang saya belajar masa ke Seminar Perniagaan Emas hari tu ialah, kalau nak pergi haji, simpan emas. Sebabnya, kita tak perlu takut kalau kos pergi haji meningkat. Kos haji meningkat, maksudnya kuasa beli duit kertas menyusut! Tapi kalau simpan emas, emas tu nanti cukup untuk pergi haji, bahkan mungkin akan lebih lagi. Sebabnya harga emas meningkat, nilai duit kertas menyusut! 
Jadi, nak pergi haji simpan emas. Untuk pendidikan anak-anak, simpan emas. Nak simpan duit kawin, simpan emas. Sebabnya, emas juga adalah REAL PROPERTY. 
Dulu saya ada terfikir nak “protect wealth” dengan beli hartanah. Beli rumah untuk disewakan, ataupun beli tanah. Bukan nak buat untung sangat, tapi nak lari dari inflasi sebab nilai hartanah sentiasa naik. Tapi masaalahnya, modal tak besar. Keduanya urusan jual beli hartanah bukan mudah. Makan masa.
Emas Juga Adalah Real Property
Bila dah tahu pasal emas, alhamdulillah… saya senang hati sekarang. Modal kecik pun boleh beli REAL PROPERTY! Kalau ada dalam RM600, belilah dinar. Kalau ada dalam RM3,000 – RM4,000, belilah gold bar, ataupun syiling emas. Emas juga adalah REAL PROPERTY! Mungkin ia adalah real property yang MOBILE! Boleh disimpan dan dibawa ke mana-mana. 
Apa-apa pun simpanan, ianya sangat ideal bagi orang hidup ‘tanpa’ hutang! Kalau banyak hutang, langsaikan hutang dulu. Lagi-lagi kalau hutang kad kredit. Sebabnya, interest dia 18% setahun! Wow… banyak tu. Boleh set-off dengan kadar kenaikan harga emas setahun! 
Jom, pakat-pakat hidup tanpa hutang. Bukan sekadar plenty of money, tapi yang lebih penting ialah peace of mind kata mentor saya. 
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
27 Oktober 2010
19 Dzulkaedah 1431

Monday 16 November 2015

FOKUS SATU PRODUK SAHAJA


Saya kongsikan satu lagi artikel yang baik dijadikan panduan bagi sesiapa yang baru hendak memulakan bisnes...

BINA JENAMA DENGAN STRATEGI SATU PRODUK SAHAJA 
OLEH ZULKIFI SHAFIE

Fokus satu produk sahaja. Itu antara strategi yang diajar oleh Chef Li masa berkursus Asas Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil. Chef Li gelarkannya sebagai Single Menu Strategy (SMS). Walaupun kita ada kemahiran buat 20 jenis biskut raya, tapi untuk berniaga, lebih baik kita fokus satu produk sahaja. Produk yang betul-betul kita mahir, untung maksimum, dan mudah dibuat – tak rumit!

Strategi SMS Untuk Penjenamaan

Sebenarnya, strategi SMS ni banyak kelebihannya. Selain ianya memudahkan, ia juga akan jadi ‘trademark’ perniagaan kita. Bila sebut ayam goreng, orang ingat KFC. Bila sebut burger, orang ingat McDonald. Bila sebut donut, orang ingat Dunkin Donut. Bila sebut aiskrim, orang ingat Baskin Robin! Itulah kelebihan strategi SMS. Nanti, bila sebut Biskut Sugee, orang teringat Najdah! (“,)
Kata Chef Li, 10 businessman Amerika boleh duduk sebaris, tapi semua jadi millionnaire! KFC tetap jaul ayam goreng walaupun musim selesema burung. Baskin Robin tetap berniaga aiskrim walaupun musim hujan. Mereka tetap setiap dengan produk mereka.
Tapi 10 businessman Melayu, takde sorang pun jadi millionnaire. Contohnya, bila seorang buka kedai berniaga Almond London, kedai sebelahpun akan berniaga Almond London, hatta si peniaga Tart Nenas pun akan turut sama keluarkan produk Almond London. Tart Nenas dia jual, Almond London pun dia nak jual! Habis semua produk di nak jual! Secara tak langsung, ia melemahkan jenama Tart Nenasnya sendiri.

Terlalu Banyak Produk, Customer Confuse!

Bila Chef Li ditanya tentang berniaga Nasi Campur, Chef cakap, “sudahlah berniaga nasi campur (semua lauk dia jual)… cari satu produk lain dan benar-benar fokus 1 produk sahaja”.
Pengalaman Irfan Khari pun sama sebenarnya. Salah satu sebab kenapa Irfan Khairi cuma dapat 3 customer masa tahun pertama perniagaan internet ialah terlalu banyak produk dia tawarkan. Menurut IK, macam-macam produk design dia boleh buat. Tapi bila dia cuma fokus kepada design cover buku SAHAJA pada tahun kedua, bisnesnya mula meletup! Dia dikenali sebagai book cover designer! Masa tu lah dia dapat customer dari seluruh dunia termasuk Japan dan Germany. Satu book cover dia diupah USD200! Tak peliklah income bulanan dia mencecah RM80,000 sebulan ketika tu. Dan tak peliklah dia jadi jutawan dalam masa cuma 3 tahun sahaja!
Itulah dia penangan Single Menu Strategy. Memang tak akan sama, orang berilmu  dengan yang tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara sama dengan cara berbeza! Dan hasilnya pasti berbeza, insyaAllah.
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Julai 2011



Sunday 15 November 2015

SELAMATKAN SIMPANAN KEPADA EMAS

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini dapat saya kongsikan lagi artikel oleh En Zul buat panduan kita bersama. In Sha Allah.

Dinar Emas atau Tabung Haji?

Sejak Kerajaan Negeri Kelantan lancarkan Dinar Kelantan beberapa tahun dulu, selalu terfikir samada nak biarkan saving dalam Tabung Haji atau nak beli dinar emas? Saya memang yakin melabur dengan cara beli dinar emas lebih berbaloi berbanding simpan di Tabung Haji. Dividen Tabung Haji cuma sekitar 5% setahun, tapi dinar emas, nah tengoklah perbezaan dia. Dan satu lagi, kalau simpan dinar emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan sejak setahun dua kebelakangan ni.

Inflasi: Antara Emas dan Duit Kertas

dinar emas zaman khalifahBerdasarkan pembacaan saya, zaman Nabi dulu, seekor kambing nilainya 1 dinar emas, tapi sekarang, nilai seekor kambing masih tetap 1 dinar emas! MasyaAllah… dinar emas tak terjejas dengan inflasi sejak 1,400 tahun lalu!
Tapi kalau duit ringgit, nilai inflasi sebenar lebih kurang 10% setahun. Bayangkan tahun 80-an dulu, duit belanja budak sekolah cuma RM0.50 – RM1.00 sehari. Tapi sekarang, RM2.00 – RM3.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Inflasinya lebih kurang 200% dalam masa 20 tahun!

Simpan Duit Dalam Bentuk Emas Fizikal

Balik KL lepas raya, saya teruskan ‘kajian’ saya pasal dinar dan pelaburan emas. Saya rujuk blog Husam Musa dan juga beberapa website lain yang saya rasa boleh pakai. Justifikasi YB Husam dan Kerajaan Kelantan tentang kenapa perlunya dinar emas sangat masuk akal.
Dinar (emas) tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa kalau berlaku peperangan. Dinar emas, adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Pendek kata,nilai kekayaan kita tak akan tergugat kalau kita simpannya dalam bentuk dinar emas, atau dengan kata lain simpankannya dalam bentuk emas fizikal!
Ok, saya dah tetapkan azam nak tukarkan sebahagian besar simpanan tunai kami ke dalam bentuk emas.

Masalah Dapatkan Emas, dan Tempat Simpan

Tapi masalahnya ialah;
  1. Kat mana nak beli dinar di KL ni? Takkan nak beli di Kelantan, lepas tu bawa balik ke KL? Nanti kena rompak tengah jalan… huh… risiko tu…
  2. Macam mana cara nak beli dinar? Katanya, stok Dinar Kelantan selalu habis macam pisang panas? Kalau nak beli, kena telefon dulu. Uh… susah tu.. takkan nak pesan orang lain tolong belikan.
  3. Kat mana nak simpan? Kalau simpan kat rumah, wah… risikonya tinggi. Nanti jadi sasaran perompak pulak. Kalau tak pun, takut terlupa letak kat mana-mana. Aduh…

Risiko Sebenar Simpan Duit Kertas

Hati saya makin tak senang. Takut duit simpanan dimakan inflasi. Dividen Tabung Haji cuma 5%, tapi kadar kenaikan harga barang sebenar sekitar 10% setahun. Makin tahun, makin menyusut nilai simpanan saya. Makin rendah kuasa belinya. Dan bila fikir jauh lagi, kalau negara tak stabil, duit kertas dah tak bernilai satu sen pun macam kes mentua YB Husam Musa di blog beliau di sini.
“Saya teringat Gemulah ayah mertua saya, dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk 3 tahun berturut-turut. Dia meminta modal dari emaknya untuk memulakan perniagaan, emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di sungai Kelantan. Dia mula-mulanya berniaga budu. Perniagaannya berkembang, di akhir pemerentahan Jepun dia sudah berniaga macam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sungai Kelantan. Di waktu pemerentahan Jepun ini, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Almarhum Raja Perlis, baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.
Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.
Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British dan Jepun. Walaupun kuasa barat kalah di Semenajung, tetapi duit pound Amerika tetap laku, kerana ianya emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun; kerana ianya kertas.” – YB Husam Musa

‘Hijrah’ Sempena Hari Lahir Ke-30

jongkong dinar emas public goldSyukur, alhamdulillah. Sempena hari lahir saya yang ke-30 semalam, semua persoalan saya tentang dinar dan pelaburan emas fizikal dikira selesai. Saya dah dapat jalan keluarnya. Puji-pujian bagi Allah.
Sekarang, saya tukarkan sebahagian besar simpanan kami kepada bentuk emas. Saya pilih emas Public Gold sebab mengikut kajian saya, ia emas terbaik buat masa ni di Malaysia. Senang beli, senang jual dan untungnya maksimum, insyaAllah. Dan emas-emas tu saya simpan di safe deposit box (sewa). 
InsyaAllah, ianya selamat dan lebih terjamin berbanding simpan sendiri di rumah. Saya tak berani pegang emas sendiri walaupun satu gram buat masa ini.
Kalau sahabat-sahabat nak selamatkan duit simpanan kepada emas, saya nasihat belajar dan ‘berguru’ dulu. ‘Melabur’ dalam emas fizikal ni bukan sekadar membeli dan menyimpan emas. Ada juga sepak-terajangnya yang kita kena tahu. Takut duit yang kita labur menjadi lebur…
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 Oktober 2010
23 Syawal 1431

Untuk maksimumkan keuntungan simpanan emas, bentuk emas terbaik samada syiling dinar emas (emas ketulenan 916) atau jongkong emas (ketulenan 999). 
Barang kemas tak sesuai sebab (1) harga lebih mahal, (2) susut nilai lebih tinggi, dan (3) ada caj kos upah yang boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.
Mudah-mudahan bertambah lagi ilmu pembaca blog ini..betapa pentingnya emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Saya panjang-panjangkan ilmu dari En Zul ini, semoga kita semua mendapat menfaatnya dan juga untuk penulis artikel, saya doakan beliau dan keluarga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT baik  di dunia mahupun akhirat. AMINN...

Friday 13 November 2015

5 RISIKO BESAR SIMPAN WANG KERTAS

Assalamualiakum dan Salam Pagi Jumaat yang penuh barakah ini.

Perkongsian Ilmu dari Pakar Emas Public Gold (En Mohd Zulkifli Shafie):
Artikel di bawah adalah sebahagian dari tulisan beliau yang bertajuk " 5 Risiko Besar Simpan Wang Kertas"

Nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauhmana kekukuhan ekonomi dan politik negara. Ia sentiasa berubah-ubah.
Matawang jadi tak laku bila berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik. Bila negara tak stabil (seperti banyak belaku di negara-negara Arab sekarang), mereka terpaksa simpan US Dollar ataupun simpan emas untuk selamatkan kekayaan mereka.
Kalau duit US Dollar runtuh, seluruh dunia akan runtuh sebab rizab terbesar negara kita (dan kebanyakkan negara lain di dunai) ialah foreign currency (iaitu US Dollar).

Jadi kalau simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB, dividen 5% – 8% tu sebenarnya sekadar cukup untuk cover inflasi jer. Kalau kita belanjakan duit dividen tu, kita sebenarnya semakin miskin walaupun nilai pokok tu tak disentuh. 

Sebenarnya ramai orang susah nak kaya bukan disebabkan faktor luaran, tapi faktor dalaman iaitu tentang disiplin menyimpan. Ia bukan faktor ekonomi, tapi faktor psikologi.

Orang simpan emas, mereka melekat perangai orang kaya-kaya. Dalam kepala mereka ialah simpan, simpan, dan simpan. Mereka seronok dengan menyimpan koleksi-koleksi emas mereka. In Sha Allah.


Saya sangat tertarik apabila membaca Artikel2 yang ditulis oleh saudara Mohd Zulkifli Shafie ini. Saya cadangkan lagi sekali, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ilmu atau baru sahaja hendak bermula menyimpan emas demi masa depan kita dan keluarga, eloklah selalu membaca hasil tulisan beliau. Banyak sungguh maklumat yang saya sendiri tidak tahu mengenai Emas ini. 

Kepada semua pembaca bolehlah membaca artikel beliau yang sudah pun saya kongsikan link di sebelah kanan blog ini. Mudah-mudahan ia menjadi penyambung ilmu yang berterusan dalam menguasai Ilmu Emas ini.

Thursday 12 November 2015

MELABUR EMAS BUKAN DENGAN CARA MEMBELI BARANG KEMAS

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini. 

Saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri ketika mula-mula belajar hendak menyimpan emas tapi tanpa ilmu di dada. Sama seperti di bawah lebih kurang ceritanya. Kisah berlaku pada tahun 2011 rasanya. Mendapat pelawaan  dari kawan untuk  melabur barang kemas. Saya dan suami bersetuju untuk memajak barang kemas sendiri dengan nilai lebih kurang RM 16K di  AR- Rahnu Agro Bank di Sg Buloh. Dapat jer duit, terus beli barang kemas lain pula, dengan nilai RM 40K. Pajak semula di AR-Rahnu. Konon nak memanipulasi AR-Rahnu. Tau tau macam dah rasa tak boleh nak tebus semula Emas di AR-Rahnu. Dok bayar upah simpan, sehinggalah ada hamba Allah yang ingin menolong tebuskan barang kemas tersebut tapi dengan syarat emas tersebut menjadi milik nya. Hah....kan dah terkena. 

Pengalaman adalah ilmu yang tak dapat di jual beli. Jom saya kongsikan artikel yang ditulis oleh En Zul ini. Mungkin ini boleh membantu kita untuk lebih berhati-hati di masa hadapan.

4 Kerugian Membeli Barang Kemas
                                  by  on DECEMBER 12, 2012
Post image for 4 Kerugian Membeli Barang Kemas
Kesian… Nak melabur dalam emas tapi terbeli barang kemas. Bukan sikit, 150 gram pulak tu! Harga yang mak cik tu beli sekitar RM192 segram, sedangkan harga emas 916 keluaran Public Gold sekarang ni (12 Disember 2012) cuma RM170 segram. Mak cik tu habiskan RM28,800 untuk beli barang kemas perhiasan, sedangkan kalau dia beli dengan Public Gold, dia dapat jimat RM3,300 (RM28,800 – RM25,500)! Bukan sahaja rugi RM3,300, dia rugi susut nilai barang kemas sekitar 25%! Itulah kes seorang mak cik yang contact saya semalam. Memang selalu saya jumpa orang terbeli barang kemas sebab excited untuk melabur.
Macam mana boleh terbeli barang kemas mak cik? Katanya, ada PENJUAL emas approach dia untuk beli barang kemas, dan katanya lagi, harga emas sentiasa naik. Jadi, lebih baik simpan emas daripada simpan duit.
Tanpa belajar ilmu tentang pelaburan emas, mak cik tu terus beli dengan tujuan untuk PELABURAN, bukan untuk perhiasan. Tapi bila dah jadi macam ni, memang tak boleh buat apa-apa. Simpan jer lah emas tu… Orang lain mungkin akan tersenyum (untung) lepas setahun menyimpan emas, tapi mak cik mungkin kena tunggu beberapa tahun baru boleh tersenyum…
Beli Dari “Consultant”, Bukan Salesman
Memang selalu saya jumpa kes orang tersilap beli barang kemas untuk pelaburan. Puncanya, dia tak ada ilmu. Punca kedua, dia berjumpa dengan PENJUAL emas, bukan ‘consultant’ pelaburan emas. Matlamat penjual ialah menjual. Mereka ada sales target! Untung rugi pelabur tu no. 2. Dan hampir pasti, penjual tu tak akan dedahkan tentang “susut nilai / spread” yang menjadi faktor paling utama menentukan keuntungan sesuatu emas pelaburan.
Untuk mengelakkan berlaku perkara yang sama, nasihat saya nasihatkan sahabat pembaca, “jangan percaya salesman!”… Bila salesman datang, cuba dapatkan sebanyak mungkin informasi dan ambil ‘waktu bertenang’ sebelum membuat belian. Cuba cek maklumat lain dari pihak ketiga untuk pasti apa yang salesman bagi tahu tu adalah betul dan benar.

4 Kerugian Membeli Emas Perhiasan

Keduanya, fahamkan berbezaan antara emas perhiasan dan emas pelaburan.Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan. Matlamatnya ialah cantik, bukannya untungTapi emas pelaburan matlamatnya adalah untung. Kalau nak melabur, kena beli emas pelaburan macam syiling emas, dinar emas, atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.
Di sini, saya senaraikan 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan:
Kerugian #1 – Harga Lebih Mahal
Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harganya mengikut persatuan pekedai emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Pada 16 Oktober 2012 lepas, saya surveyharga di Kedai Emas Wah Chan Wangsa Maju, emas 999.9 dijual pada harga RM210 segram sedangkan emas Public Gold sekitar RM185 segram. Kalau anda pergi ke kedai emas, cuba tanya harganya dan bandingkan dengan harga emasPublic Gold di www.publicgold.com.my. Pasti anda akan tahu emas pelaburanPublic Gold jauh lebih murah.
Kerugian #2 – Susut Nilai Tinggi
Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25% sedangkan syiling 1 dinar Public Gold cuma 6%. Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, pembeli barang kemas masih rugi 5% sedangkan pembeli syiling 1 dinar boleh tersenyum dengan keuntungan 14% (20% – 6%)! Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang “susut nilai” ni, anda boleh rujuk penerangan saya dalam artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia“.
Kerugian #3 – Rugi Kos Upah (Workmanship)
Barang kemas ada caj tambahan yang dinamakan “kos upah” atau “workmanship”. Harga upah ni bergantung kepada pekedai emas dan ia boleh dimanipulasikan oleh pekedai emas. Kalau harga emas rendah, pekedai boleh naikkan kos upah untuk top-up keuntungan dia. Walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayarnya dengan harga yang mahal.
Kerugian #4 – Pergerakan Harga Perlahan
Harga barang kemas agak ‘statik’. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas akan terus naik! Tapi kalau harga emas dunia turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan.
Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga ‘disemak’ setiap 20 minit mengikut “real-time” pergerakan harga emas dunia! Kalau harga emas turun tengah malam, anda boleh borong harga murah dan boleh tersenyum esok paginya kalau harga emas naik balik.

Kalau Nak Beli Barang Kemas, Pastikan…

Itulah 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan. Kalau anda nak beli juga barang kemas untuk perhiasan, tapi dalam masa yang sama nak ‘maksimumkan’ keuntungan sambil pakai barang kemas, jangan lupa baca artikel saya bertajuk “8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi“.
Dan kalau nak beli emas pelaburan, anda kena tahu, tak semua emas pelaburan boleh memberi keuntungan maksimum bahkan ada juga emas pelaburan tak jauh bezanya dengan barang kemas dari perspektif pelaburan. Saya pernah dedahkan isu ni dalam “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“. Baca artikel tu dulu sebelum melabur…
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
12 Disember 2012
28 Muharram 1434

p.s Kelebihan barang kemas ialah lebih mudah dipajak berbanding emas pelaburan (gold bar, gold coin, dinar) sebab semua ar-rahnu yang disediakan oleh pihak BANK tak terima pajakan selain daripada barang kemas sejak Mei 2011. Untuk pembeli emas pelaburan, anda boleh pajakkan emas di ar-rahnu yang disediakan oleh KOPERASI tertentu kalau nak rolling duit untuk aktiviti yang menguntungkan.
Baguskan artikel yang dikongsikan oleh En Zul ini. Semoga ia boleh memberi menfaat kepada kita semua. In Sha Allah.